Thursday, September 16, 2010

Hanya Dia Kekasihku - Prolog

Watak-watak:
Fienaz
Azzam
Dayana
Tasha
Arill
Jiha
Maulud
Ain
Nurul
Sam


Fienaz melangkah masuk ke dalam kelas. Mukanya masam,pucat seperti orang yang tidak bermaya. "Fienaz! Kau ni kenapa? Aku tengok muka kau pucat je. Kau tak sihat ke?" soal Jiha. "Tak ada apa. Aku okay je. Cuma letih sikit." kata Fienaz. Dia tersenyum kelat.

"Aku rasa kau tipu kami lah. Ni mesti ada kaitan dengan Dayana kan?" kata Tasha. "Aku pun rasa benda yang sama." kata Jiha.

"Ish! Mana ada! Buat apa aku nak fikir pasal Dayana? Aku dengan Dayana okay je. Aku cuma letih je. Tasha, Jiha percaya cakap aku ya? Aku tak ada masalah langsung dengan Dayana. Okay semuanya. Tak ada apa-apa pun yang korang patut risau. Tapi, tak apa. Aku tahu, korang sayang aku, korang ambil berat pasal aku. Thanks." kata Fienaz.

"Eh, cikgu nak masuk sudahlah.. Cepat duduk tempat!" Selepas beredar ke tempat masing-masing, Fienaz kembali ke dunianya. Mukanya kembali masam dan pucat. Tiba-tiba, Fienaz pengsan disitu.

*****
 

1 comment: