Saturday, September 18, 2010

Pengunguman

Ini Novel2 yg sye akn buat..
Skarang hanya dia kekasihku sdg di buat..

Friday, September 17, 2010

Hanya Dia Kekasihku - Sinopsis

Fienaz seorang murid yang ceria. Apabila dia menemui seorang lelaki yang bernama Azzam, lalu dia sering muram. Apakah masalah Fienaz? Adakah Fienaz menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan kawan-kawannya?

Akhirnya, Fienaz berterus-terang. Tetapi, cerita Fienaz hanya separuh. Dia tidak mahu kawan-kawannya risau. Mampukah Fienaz menghadapi masalah itu?


Hanya Dia Di Hati - Pengenalan

Dayana
Azzam
Fienaz
Ain
Arill


Hanya Dia Kekasihku - Watak watak


MAULUD
TASHA
ARILL
DAYANA
NURUL
AIN
SAM
JIHA
AZZAM
FIENAZ

Hanya Dia Kekasihku - Bab 2


Rancangan Arill dan Tasha pun bermula. Kini waktu rehat pun telah tiba. Nampaknya rancangan mereka mungkin  boleh berjaya.

" Arill.. Bawa Fienaz beli makanan. Budak tu ada di papan kenyataan. Bawa Fienaz beli makanan dan akhirnya lalu situ. Kau perhatikan Fienaz apabila terserempak dengan budak tu." kata Tasha.

"Okay." kata Arill. " Fienaz jom beli makanan. Aku belanja kau." kata Arill kepada Fienaz. Jiha mengerutkan dahi. Tasha memandang Jiha. " Kenapa kau ni Jiha?" soal Tasha.

"Aku pelik. Baik pula si Arill tu. Nak belanja Fienaz makan. Aku dia tak nak pun belanja. Kena sampuk apa?" Tasha mula tersengih. " Ha!" kata Jiha terus mengejutkan lamunan Tasha.

"Apahal kau ni?" kata Tasha. "Entah-entah ni kerja kau." kata Jiha. "Mana ada! Kalau nak tahu.. adalah!" kata Tasha. " Mesti dia sembunyikan sesuatu." kata Jiha.

*****

" Fienaz!" kata Arill. Mata Fienaz hanya tertumpu pada satu tempat. Pada seorang lelaki. " Hai. Nama saya Azzam." kata Azzam. Fienaz hanya membalas dengan senyuman. "Fienaz."

"Arill, jomlah kita masuk kelas. Aku letihlah." kata Fienaz. Arill hanya mengikut perintah Fienaz.

"Baik, Tuan Puteri!" kata Arill. Mereka pun beredar ke kelas.

Di dalam kelas, Arill bergegas ke meja Tasha. " Plan kita berjaya." kata Arill. "Cuba Cerita." kata Tasha. "Fienaz dah bercakap dengan mamat tu." kata Arill. "Yeke? Ish, mamat tu hensem ke?" kata Tasha. "Tak. Aku lagi hensem." kata Arill. "Perasan. Okaylah."kata Tasha

Hanya Dia Kekasiku- Bab 1

Mereka semua panik apabila melihat Fienaz rebah ke atas lantai. Semua murid-murid kelas itu melihat Fienaz. "Apalah yang Fienaz ni fikir? Aku tengok dari tadi dia masam,lesu,pucat. Apa masalah si Fienaz ni?" kata Jiha.

"Kau cakap dengan siapa?" soal Arill. " Dengan Tasha." kata Jiha. "Tasha tak ada. Dia pergi panggil cikgu." kata Arill lalu ketawa kecil.

"Alahai. Jadi aku cakap seorang diri macam orang gilalah ni?" kata Jiha. "Aku tak cakap. Kau yang cakap." kata Arill.

"Agaknya kau tahu apa masalah Fienaz?" kata Jiha. " Manalah aku nak tahu. Mana si Tasha ni? Panggil cikgu pun lama ke?" kata Arill.

" Cikgu Linda 'On The Way'." kata Tasha. "Okay. Try angkat Fienaz." kata Jiha. "Ish! Tak nak aku!" kata Arill." Biar je cikgu uruskan." sambung Arill lagi.

*****

Fienaz pun akhirnya sedar daripada pengsan. " Fienaz! Kau okay ke?" kata Jiha. "Aku?" kata Fienaz. "Yelah kau. Aku tak ada kawan lain nama Fienaz." Aku okay je." kata Fienaz.

Arill bersama Tasha berada di luar bilik sakit. Hanya tiga orang sahaja yang dibenarkan untuk menjaga Fienaz. Tetapi, Arill dan Tasha mengambil keputusan untuk duduk di luar. " Aku rasa aku tahu sebab apa Fienaz jadi macam ni." kata Arill. "Sebab apa?" soal Tasha.

"Sebab budak baru kelas sebelah." kata Arill. " Apa kena-mengena perkara ni dengan Fienaz?" kata Tasha. "Aku rasa Fienaz syok kat budak tu." kata Arill.

" Tak mungkin" kata Tasha. "Aku ada plan. Kau nak tolong aku?" kata Arill. "Apa?" kata Tasha. Arill membisikkkan sesuatu ke telinga Tasha.

"Okay tak?" kata Arill.

"Okay sangat. Kita mulakan operasi ni esok."kata Tasha.

"Okay. Aku No problem." kata Arill. Kedua-dua mereka mengukirkan senyuman
*****

Thursday, September 16, 2010

Hanya Dia Kekasihku - Prolog

Watak-watak:
Fienaz
Azzam
Dayana
Tasha
Arill
Jiha
Maulud
Ain
Nurul
Sam


Fienaz melangkah masuk ke dalam kelas. Mukanya masam,pucat seperti orang yang tidak bermaya. "Fienaz! Kau ni kenapa? Aku tengok muka kau pucat je. Kau tak sihat ke?" soal Jiha. "Tak ada apa. Aku okay je. Cuma letih sikit." kata Fienaz. Dia tersenyum kelat.

"Aku rasa kau tipu kami lah. Ni mesti ada kaitan dengan Dayana kan?" kata Tasha. "Aku pun rasa benda yang sama." kata Jiha.

"Ish! Mana ada! Buat apa aku nak fikir pasal Dayana? Aku dengan Dayana okay je. Aku cuma letih je. Tasha, Jiha percaya cakap aku ya? Aku tak ada masalah langsung dengan Dayana. Okay semuanya. Tak ada apa-apa pun yang korang patut risau. Tapi, tak apa. Aku tahu, korang sayang aku, korang ambil berat pasal aku. Thanks." kata Fienaz.

"Eh, cikgu nak masuk sudahlah.. Cepat duduk tempat!" Selepas beredar ke tempat masing-masing, Fienaz kembali ke dunianya. Mukanya kembali masam dan pucat. Tiba-tiba, Fienaz pengsan disitu.

*****